Kenangan Dalam Surat

Bismillah.

Rutin yang sama macam semalam dan kelmarin dan kelmarin. Duduk kat rumah, tidur makan, tidur makan. Kalau begini sampai hujung bulan nih, aku boleh jadi tua dari umurku yang sebenar.

Graduasi dah hampir sebulan, tapi masih menganggur..tulah yang nenek cakap hampir setiap hari. Mungkin dia masih tak perasan perubahan zaman, betapa berbezanya zamannya dulu dan zamanku sekarang.

Nek, I’m  just a diploma holder. Orang tak pandang pun.

Sekurang-kurangnya aku bukannya betul-betul tidur makan, tidur makan di rumah nih. Aku buat apa yang sepatutnya aku buat, kemas itu, basuh ini..malah memasak sekali. Tapi, ah..biarlah. Waktu lapang macam nih lah yang aku ada peluang berbual-bual dengannya. Menonton tv dengannya. Bila dah tak ada benda nak dibualkan, aku masuk bilik. Baring dikatil sambil berfikir apa nak buat. Kadang sampai terlelap.

Jadi hari nih, aku dah putuskan nak buat apa. Nak baca surat-surat kawan waktu zaman persekolahan dulu.

Dulu…

Macam mana nak cakap eh..

Well, aku nih bukannya budak bandar, aku budak  kampung. Jadi, walaupun sekitar  tahun  2004 – 2008 tu perkembangan teknologi dah pesat kat Malaysia nih, aku and the geng masih memilih untuk berutus surat berbanding email atau laman sosial yang seingat aku cuma ada friendster dan myspace aje masa tu. Pulak  tu, kami bukannya guna khidmat Pos Malaysia atau apa-apa yang seumpama itu. Perantara kami cumalah jiran-jiran, kawan-kawan malah  saudara mara dan kenalan rapat. Tapi alhamdulillah, sampai jugak  surat-surat kami.

Berbanding dengan email atau ”post-post” di laman sosial, pada aku surat ada nilai sentimentalnya  yang tersendiri. Yelah, surat nih kita bukan je boleh baca, malah boleh pegang, boleh rasa. Plus, kita boleh  bau..hehe.

Jadi, kesudahannya,  bila dah baca surat-surat  tadi..

Waaa…dah besar aku nih. Dah agak jauh aku melangkah. Banyak yang aku dah belajar.. Macam yang aku cakap tadilah, surat nih ada nilainya tersendiri. Kertas-kertas yang sudah kekuningan tu sebenarnya  mampu buat kita lebih menghargai tentang hidup dan insan-insan didalamnya. Ia ibarat diari yang menceritakan jatuh bangun hidup kita.

Tapi menghampakan bila tradisi tu dah tak berapa nak popular sekarang. Malah aku dan kawan-kawan sendiri pun dah lupa. Semuanya lebih senang dengan Twitter, Facebook, SMS..

Kenangan Dalam Surat

Erti Menghargai

Bismillah..

2 minggu ber”praktikal”  rasa macam dah 2 tahun lamanya. Tiap-tiap malam penat yang amat. Sampai nak bukak laptop pun rasa tak larat. Mana nak  rancang Lesson plan lagi.

Mengajar budak-budak prasekolah bukan macam mengajar kat sekolah rendah atau menengah. Budak-budak nih kadang-kadang datang sekolah pun zero lagi. Semua benda kena ambil kira. Rutin pun jauh berbeza. Tugas yang berat bagi aku.

Bila dah praktikal ni, barulah aku tahu betapa seronoknya campus life. Baru sekarang aku rela buat assignment, rela ke kelas setiap hari, rela duduk final exam every semester. Dulu dok merungut kenapa mesti ada final exam.

Allah..Kuatkan aku.

 

Erti Menghargai

Hujan 

“Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut apa yang dikehendakiNya dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambanNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka jadi gembira.” (ar-Ruum:48)

Terjumpa sepotong ayat cinta Allah ni dalam buku “Bertanya Tentang Tuhan” karya Ibnu Rijal. Buku tentang sebuah perjalanan seorang hamba yang sentiasa tercari-cari kebenaran. Aku tidak berhajat untuk mengulas isi buku ni, sebab aku sendiri belum selesai memahaminya.

Cuma tertarik pada ayat diatas. Memang begitulah jadinya, aku gembira bila hujan turun. Bumi Tanjung Malim basah hari ini, dek kerana air-air hujan yang lahir dari rahim langit yang luas. “Setting” nya masih lagi di tingkap kecil bilikku. Melihat langit malam yang gelap dengan awan hitam. Cahaya lampu neon membiasi setitis demi setitis air hujan yang semakin mengganas turun. Ganas tapi tetap tenang. Alam kan selalu mendamaikan aku.

Kemudian beralih kebawah, memerhatikan jiwa-jiwa yang tetap tak henti bergerak, walaupun dalam keadaan sebegini. Dalam pada detik yang sama, aku tertanya, bagaimana kesudahan kita semua nanti? Di dunia yang kita tidak pasti situasinya.

Aku masih mencari. Terus mencari.

Hujan 

Selamat Datang 

7 September 2011. Tarikh kembalinya semua pelajar Sarjana Muda ke UPSI nih. Dan juga pendaftaran pelajar-pelajar baru.

Awal pagi lagi suasana kolej riuh rendah dengan suara-suara manusia yang bertali arus datang. Bising.

Kembali ke tingkap kecil bilikku. Duduk memerhatikan manusia-manusia yang asyik dengan urusan masing-masing. Ada yang sibuk bersembang, berpelukan tanda perpisahan sementara dibawah hawa pagi yang sedikit menyengat.

Terkenang zaman aku seperti mereka-mereka ini. Bezanya aku ibarat yatim piatu yang pendiam dibumi asing. Seorang diri menguruskan hal-hal pendaftaran. Tanpa ditemani sesiapa. Semuanya sendiri, berbekalkan impian mahu belajar sungguh-sungguh.

Selamat datang bakal-bakal guru sekalian. Satu bab baru dalam kehidupan kalian akan bermula. Ia seronok selama mana kalian mahu ia begitu.

Selamat Datang 

Terbang Pulang 

Duduk seorang diri dalam bilik serba kecil seorang diri. Termenung ditingkap sambil melihat lukisan alam di bumi Tanjung Malim nih. Angin sepoi-sepoi bahasa. Langit cerah dan damai.

Kawan-kawan ramai yang masih belum balik lagi. Masih sibuk beraya mungkin. Aku pun sebenarnya kalau diikutkan hati, malas hendak pulang kesini. Lebih baik rasanya di rumah sendiri di negeri di bawah bayu itu. Duduk melayan adik-adik, bersembang dengan mak dan bapa, makan bersama. Apa pun yang dilakukan, tetap terasa nikmatnya bila dikelilingi oleh orang-orang yang kita sayang. Ditambah pula andai pada saat dan ketika itu, kita sedang menginjak kaki ditempat kita sendiri, tempat kita dilahirkan, membesar dan belajar mengenali kehidupan.

Kalaulah aku punya sayap yang mampu menerbangkan aku, aku akan terbang pulang. Meredah awan-awan sambil tersenyum indah, melihat manusia dibawah sana dengan ekor mata. Semuanya bagaikan semut.

Ahh..pantas benar seminggu berlalu.

Terbang Pulang 

Tempuh saja

Aku selalu mengimbas masa-masa laluku. Dan berharap aku dapat mengulang semula apa yang  telah aku lakukan dengan jayanya dalam hidupku dulu..

Sehingga kehari ini, aku masih begitu..

Sehinggalah pagi yang indah tadi.  Aku terfikir sendiri, kenapa tidak aku nikmati sahaja kehidupan yang aku sedang berada di dalamnya sekarang..

Disamping terus berjalan dan berusaha mendapatkan kehidupan sebagaimana yang aku impikan.

Punyai keluarga, kerjaya..

Roh yang cantik..

Suami yang aku berkongsi hidup denganya..

Yang menerima siapa aku seadanya..

Menyanyikan lagu-lagu kegemaranku bersamanya..

Beribadah bersamanya..

Punya anak dari benihnya.

Bahagia sehingga ke syurga..

p/s: Hari nih pulang kampung halaman. Doakan  perjalanan aku selamat. Selamat  Hari Raya  semuaaa,  maaf  zahir dan  batin.

Tempuh saja

Kuasa Memilih

Jika kita saling memerlukan, kita boleh mengetepikan soal permusuhan dan hidup bersama-sama dalam keadaan yang lebih baik dan saling menghormati.

Sekali lagi aku memikirkan dengan mendalam, sebenarnya kuasa memilih itu bagi manusia menjadi faktor yang sangat penting dan asas dalam hidupnya. Hanya pilihan kita  sering kali menjadi cacat kerana kurangnya ilmu dan kemahiran tentang aspek pemilihan. Maka pemahaman tentang hidup ini bermula semula pada asas yang  lebih baik. Kita adalah satu entiti, dianugerahkan dengan beberapa kelebihan dan tanggungjawab keatas setiap perbuatan atau pemanfaatan keatas kelebihan itu. Jika kita sentiasa mempunyai pemahaman dan kesedaran yang lebih seimbang pada setiap masa, tentulah kita akan menjadi peribadi yang lebih baik..malah semakin meningkat nilai dan prestasi keinsanannya.

Sebenarnya, dalam hidup ini kita memerlukan kepada satu keyakinan dan kemudian berpegang teguh kepada prinsip itu, iaitu seperti manifestasi kepercayaan kepada Rukun Iman diantara lain ialah tentang Tuhan yang Maha Pencipta, Qada’ dan Qadar bagi manusia dan Hari Pembalasan. Kita akan seolah-olah telah menjumpai satu jalan yang lurus dan jelas setelah jauh tersesat dalam satu putaran hidup yang mengelirukan.

Kuasa Memilih