Langkah Gagah.

Perkara itu bukan persis apa yang aku harapkan. Angan-anganku juga tidak pernah membawaku sejauh itu. 

Malam-malamku tidak berkunjung ketenangan. Siang-siang ku tempuh selayaknya diriku. Diam dan senyap seperti biasa. Pedulikan pekikan jiwa yang mereka tak dengari. 

Hei jiwa.

Lupakah kau dibawah pelita juga ada kegelapan. Apa lagi cuma angan-anganmu. Tenang saja. Atur langkahmu agar menari seiring dengan takdiNya. 

Langkah Gagah.

Sampai Syurga

Pernikahan adalah perbincangan yang tidak akan pernah selesai. Ia sebuah perjalanan panjang yang harus bersendikan niat yang jernih, serta harus bermula dengan redhaNya, bukan dengan murkaNya. Dalam altar kehidupan ini, pasangan suami yang soleh dan isteri yang soleha tidak akan diperolehi daripada percintaan sebelum berkahwin. Ia diperolehi dari ketaatan kepada Allah dan munajat doa. Pernikahan mewujudkan kehidupan yang luhur. Dan perbuatan yang baik harus dimulakan dengan redhaNya, bukan murkaNya.

Dihadapan perempuan seorang lelaki dilahirkan sebanyak dua kali. Kelahiran pertama dihadapan perempuan yang memberinya kehidupan (perempuan ini adalah ibunya). Kelahiran kedua dihadapan perempuan yang dia berikan hidupnya kepadanya (perempuan ini adalah isterinya). Begitu halnya dengan hidup seorang perempuan. Kehidupan pertama bermula selepas dia keluar dari rahim ibunya, manakala kehidupan keduanya bermula selepas dia berstatus isteri kepada lelaki yang menyunting dirinya.

Dan apabila seorang lelaki dan perempuan mengikat janji suci dalam akad pernikahan, maka sirnalah keakuan (ego) masing-masing, yang ada hanyalah kesatuan hati dan jiwa yang diikat dalam kebersamaan yang suci beralaskan mawaddah (saling mengasihi) dan rahmah (saling menyayangi) bagi mewujudkan kehidupan yang penuh sakinah (ketenteraman jiwa). Jadi, kesedaran diri dan kesediaan untuk saling memahami, saling menghargai, saling mempercayai, saling menghormati dan saling mencintai adalah perkara mutlak dilakukan pasangan suami isteri, agar kehidupan rumah tangga yang mereka bina membuahkan berkat kehiduapan, sama ada di dunia mahupun diakhirat.

Petikan : Isteriku, I Love You

P/s : Bercinta biar sampai ke syurga.

Sampai Syurga

The Journey

In the journey called life, sometimes, we’ll tend to hate the other side of us. However, we’ll still be the one who will decide which side we are on eventually. But no matter which side we are on, we’ll always in doubt about ourselves.

Life goes on

and we still have to continue this journey together with the other side of us, which we hate the most.

The Journey

Masih Belajar

Bismillah

yes, esok cuti.

Alhamdulillah. Bolehla manjakan diri dari rutin yang agak padat.

Sebenarnya bukannya padat sangat pun, cuma biasalah manusia..selalu kurang bijak mengatur 24 jam masa yang Allah bagi. Tambahan pula orang macam aku nih. Yang lambat sikit nak adapt dengan suasana baru. Bukannya baru sangat pun, dah lebih sebulan rasanya.

So schedule esok : buat kerja-kerja yang tertangguh, bersihkan itu, bersihkan ini.

Masih Belajar