Sampai Syurga

Pernikahan adalah perbincangan yang tidak akan pernah selesai. Ia sebuah perjalanan panjang yang harus bersendikan niat yang jernih, serta harus bermula dengan redhaNya, bukan dengan murkaNya. Dalam altar kehidupan ini, pasangan suami yang soleh dan isteri yang soleha tidak akan diperolehi daripada percintaan sebelum berkahwin. Ia diperolehi dari ketaatan kepada Allah dan munajat doa. Pernikahan mewujudkan kehidupan yang luhur. Dan perbuatan yang baik harus dimulakan dengan redhaNya, bukan murkaNya.

Dihadapan perempuan seorang lelaki dilahirkan sebanyak dua kali. Kelahiran pertama dihadapan perempuan yang memberinya kehidupan (perempuan ini adalah ibunya). Kelahiran kedua dihadapan perempuan yang dia berikan hidupnya kepadanya (perempuan ini adalah isterinya). Begitu halnya dengan hidup seorang perempuan. Kehidupan pertama bermula selepas dia keluar dari rahim ibunya, manakala kehidupan keduanya bermula selepas dia berstatus isteri kepada lelaki yang menyunting dirinya.

Dan apabila seorang lelaki dan perempuan mengikat janji suci dalam akad pernikahan, maka sirnalah keakuan (ego) masing-masing, yang ada hanyalah kesatuan hati dan jiwa yang diikat dalam kebersamaan yang suci beralaskan mawaddah (saling mengasihi) dan rahmah (saling menyayangi) bagi mewujudkan kehidupan yang penuh sakinah (ketenteraman jiwa). Jadi, kesedaran diri dan kesediaan untuk saling memahami, saling menghargai, saling mempercayai, saling menghormati dan saling mencintai adalah perkara mutlak dilakukan pasangan suami isteri, agar kehidupan rumah tangga yang mereka bina membuahkan berkat kehiduapan, sama ada di dunia mahupun diakhirat.

Petikan : Isteriku, I Love You

P/s : Bercinta biar sampai ke syurga.

Advertisements
Sampai Syurga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s