Kenangan Dalam Surat

Bismillah.

Rutin yang sama macam semalam dan kelmarin dan kelmarin. Duduk kat rumah, tidur makan, tidur makan. Kalau begini sampai hujung bulan nih, aku boleh jadi tua dari umurku yang sebenar.

Graduasi dah hampir sebulan, tapi masih menganggur..tulah yang nenek cakap hampir setiap hari. Mungkin dia masih tak perasan perubahan zaman, betapa berbezanya zamannya dulu dan zamanku sekarang.

Nek, I’m  just a diploma holder. Orang tak pandang pun.

Sekurang-kurangnya aku bukannya betul-betul tidur makan, tidur makan di rumah nih. Aku buat apa yang sepatutnya aku buat, kemas itu, basuh ini..malah memasak sekali. Tapi, ah..biarlah. Waktu lapang macam nih lah yang aku ada peluang berbual-bual dengannya. Menonton tv dengannya. Bila dah tak ada benda nak dibualkan, aku masuk bilik. Baring dikatil sambil berfikir apa nak buat. Kadang sampai terlelap.

Jadi hari nih, aku dah putuskan nak buat apa. Nak baca surat-surat kawan waktu zaman persekolahan dulu.

Dulu…

Macam mana nak cakap eh..

Well, aku nih bukannya budak bandar, aku budak  kampung. Jadi, walaupun sekitar  tahun  2004 – 2008 tu perkembangan teknologi dah pesat kat Malaysia nih, aku and the geng masih memilih untuk berutus surat berbanding email atau laman sosial yang seingat aku cuma ada friendster dan myspace aje masa tu. Pulak  tu, kami bukannya guna khidmat Pos Malaysia atau apa-apa yang seumpama itu. Perantara kami cumalah jiran-jiran, kawan-kawan malah  saudara mara dan kenalan rapat. Tapi alhamdulillah, sampai jugak  surat-surat kami.

Berbanding dengan email atau ”post-post” di laman sosial, pada aku surat ada nilai sentimentalnya  yang tersendiri. Yelah, surat nih kita bukan je boleh baca, malah boleh pegang, boleh rasa. Plus, kita boleh  bau..hehe.

Jadi, kesudahannya,  bila dah baca surat-surat  tadi..

Waaa…dah besar aku nih. Dah agak jauh aku melangkah. Banyak yang aku dah belajar.. Macam yang aku cakap tadilah, surat nih ada nilainya tersendiri. Kertas-kertas yang sudah kekuningan tu sebenarnya  mampu buat kita lebih menghargai tentang hidup dan insan-insan didalamnya. Ia ibarat diari yang menceritakan jatuh bangun hidup kita.

Tapi menghampakan bila tradisi tu dah tak berapa nak popular sekarang. Malah aku dan kawan-kawan sendiri pun dah lupa. Semuanya lebih senang dengan Twitter, Facebook, SMS..

Advertisements
Kenangan Dalam Surat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s