Aku Dan Kenangan 

Seminggu nih satu lagi bab kehidupan aku yang  diisi dengan kenangan. Berkerja menjaga gerai di Pesta Konvo. Seminggu yang sangat penat dan penuh dengan butir-butir kenangan. Tengah cuti pertengahan semester dan aku tak balik kampung. Tiket mahal. Tak mampu nak beli. Lazimnya pun begitu. Aku tak balik, kecuali cuti raya dan cuti semester.  Jadi, sebaiknya aku menerima tawaran dari kawan-kawan untuk turun berkerja daripada duduk di bilik seorang diri menghabiskan masa. Mencari sedikit rezeki Allah yang ada di mana-mana.

Kami mula seawal 8.00 pagi sehingga 11.00 malam. Penat memang ditahap maksimum pada aku. Berdiri ke hulu ke hilir melayan pelanggan. Perkara biasa bila menjaga gerai makan. Pelanggan sentiasa datang dan pergi. Kalau jumpa pelanggan yang cerewet lagi melelahkan. Rasa nak marah tu memang ada, cuma senyumkan aje. Nak puaskan hati manusia yang pelbagai versi nih bukannya senang. Syukur dapat bos yang baik hati. Faham kepenantan yang kami alami. Kepenatan yang maha. Tapi  aku temui cara yang terbaik untuk jana tenaga aku semula. Cuma dengan solat. Semasa ambik wuduk pun dah terasa segarnya diri walaupun dah bercampur semua bau-bau sos, blackpepper, peluh sendiri dan minyak memasak tuh. Masa solatlah aku berpeluang untuk renggangkan semua otot-otot yang penat berkerja. Bersyukur dilahirkan sebagai Islam.

Tak sangka jugak aku dan kawan-kawan mampu untuk bertahan seminggu tu. Walhal, hari pertama lagi kami dah rasa nak nangis mengenangkan nasib yang yang jauh dari keluarga. Sekali lagi kesedaran tentang penatnya mak dan bapa mencari rezeki membesarkan kami singgah ke dalam kotak hati.

Esok dah bermula bulan didalamnya terdapat satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan. Bulan yang sering dinanti-nantikan setiap tahun. Tahun ini, tahun ketiga aku berpuasa di negeri orang. Jauh dari keluarga yang aku cinta. Pantas masa berlalu, serasanya baru semalam tinggalkan ramadhan yang lepas. Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menemui ramadhan kali ini.

Selamat  datang Ramadhan. Semoga kali ini lebih baik dari yang lepas. Rindu adik-adik. Khususnya adik yang bongsu, Irzamir. Jauh lahirkan rindu di hati.

Advertisements
Aku Dan Kenangan 

7 thoughts on “Aku Dan Kenangan 

  1. lama aku tidak menjadi tamu di ruangan nih.maafkan atas keterlupaan aku.

    semakin hari semakin kita serasi dengan rasa rindu yang mencuri sedikit rasa dari banyaknya rasa yang kita ada.dari dalamnya kita belajar dan terdidik dengan rasa menghargai setiap sisi yang kita ada.ada nilai-nilai yang tidak perlu diletakkan harga.nilai pengalaman yang mahal.

    selamat bertamu di ramadhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s