Berbeza Rezeki

 

Sedari awal semester 5 nih, aku perasan yang aku ada hobi baru. Duduk termenung memerhatikan seorang pak cik tua yang sama setiap hari. Walau pada asalnya  memang aku suka duduk perhatikan orang lain. Berbanding dengan keluar jalan-jalan, aku lebih suka duduk perhatikan orang sambil minum ABC.

Rutin pak cik tu sama je setiap hari, selepas subuh..kecuali Ahad. Datang dengan kereta sorong yang ada banyak plastik sampah dan penyapu. Seorang cleaner. Mulakan aktitiviti bersihkan kawasan sekitar kolej dengan cekap. Tunaikan tanggungjawab berkerja pada saat ramai yang masih nyenyak tidur. Pada sambil memerhatikan pak cik tu, banyak persoalan yang bersiul-siul kat kepala aku. Pak cik nih ada anak ke ? Berapa orang ? Mereka kat mana ?

Apa pun jawapannya, biarlah. Aku tak mampu nak tanya. Lagipun sekarang banyak benda lain yang perlu aku utamakan. Biarlah persoalan tu terus bermain dalam kepala aku.

Satu yang aku nak cakap, aku cukup hormat pada mereka yang berkerja sebagai cleaner nih. Bukan sebab aku pernah merasa kerja ini, tapi rasa hormat tu lahir sendiri. Tanpa mereka siapa nak bersihkan segala kotor yang kita buat. Mereka pun manusia biasa … cuma konsep rezeki yang membezakan kita disini.

Kerjanya memang nampak mudah, tapi sebenarnya agak mencabar minda jugak. Dulu, percaya atau tak, aku pernah kerja sebagai cleaner di asrama sekolah (bukan sekolah aku). Kerjanya bersihkan asrama perempuan setinggi 3 tingkat. Masa nih aku kerja sekadar untuk suka-suka saja, matlamatnya cuma nak cari duit sendiri. Aku sama-sama dengan An, sepupu aku.

Mula pukul 8 pagi dan tamat 5 petang. Menyapu, kutip sampah, basuh tandas. Semua aku buat. Tak ada yang nak dimalukan. Dan aku masih ingat lagi pandangan hina budak-budak sekolah tu pada aku dan An. Mungkin mengenangkan aku nih cuba cleaner yang bersihkan sampah mereka. Rasa hormat tu tak lahir  mungkin disebabkan faktor usia yang hampir sebaya. Yela, aku pun budak jugak masa tu. Baru sebulan lepas SPM.

2 bulan kerja kat situ memang lelah. Sampai je kat sekolah, terus menyapu disetiap koridor yang ada. Kemudian kumpul sampah di setiap dorm dan dalam seminggu sekali kena basuh tandas. Paling penat hari Isnin. Dua hari cuti budak-budak tu saja nak menyeksa kumpul sampah banyak-banyak. Balik rumah je memang rasa nak pengsan. Masa tulah baru aku tahu macam mana susahnya nak cari duit. Jauh lebih susah berbanding belajar. Sampaikan satu masa, bapa aku pernah suruh berhenti, tapi aku tak nak. Penat tu indah pada aku dulu. Bertambah indah bila masuk hujung bulan. Haha!

Advertisements
Berbeza Rezeki

3 thoughts on “Berbeza Rezeki

  1. kerja apa pun tetap besar peranannya pada mereka yang menghargai suatu pekerjaan tuh.kalau dilakukan dengan bersungguh pasti kerja itu lebih besar dari diri kita sendiri.

  2. ainanadia says:

    Keje pape pon asalkan yang halal walaupun sgt penat memang sangat indah. Love yourself yang pentingkan adik beradik. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s