Cerita Tentang Bapa 

Tanya pada rindu, rindu pasti berlalu.

Tanya pada sayang, sayang kadang hilang.

Manusia datang dan pergi dalam hidup ini..

Persoalannya tika mereka di sisi, adakah kita menghargai?

Petama sekali. Aku rasa sedih menaip entry kali ini. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur..kita bakal menyambut Hari Bapa esok, walaupun pada dasarnya, boleh jadi hari bapa tu adalah hari-hari yang kita bangun dan tidur sepanjang tahun didalamnya. Di Malaysia, Hari Bapa disambut pada hari Ahad minggu yang ketiga. Dan tahun nih, ia jatuh pada tarikh 19 jun 2011.

Sambutan Hari Bapa taklah semeriah sambutan Hari Ibu. Aku sendiri kurang faham kenapa? Mungkin disebabkan dunia ini dimonopoli oleh kaum wanita. Mungkin..Apa pun alasanya, aku sayang kedua orang tuaku sama rata. Tiada yang kurang, tiada yang lebih.  Aku rapat dengan kedua-duanya. Mungkin sebab aku anak sulung dalam keluarga. Mereka tahu manja dan rajukku bagaimana. Mereka faham aku ini jenis yang seperti apa.

Berbalik pada cerita tentang bapa. Bapa jenis yang suka bergurau, walaupun aku nampak banyak bayang rahsia dimata redup miliknya. Bapa bukan jenis yang suka bercerita mengenai diri sendiri. Aku cuma mengetahui kisah-kisah lalu bapa melalui mak. Dia jarang marah..tapi bila marah,  ahh..lelah kami adik beradik nak puaskan semula hatinya. Kadang kala aku rasa lucu bila teringat kembali saat-saat kami bersama setiap cuti semester.

Bapa….

Aku rindu mencium tangan kasarnya.  Apa lagi semasa masih bersekolah dulu. Dan sekarang, rutin tu tak ada lagi. Hendak pulang.. jauh sangat. Harapnya dapat mimpi peluk bapa sambil cium tangan dan pipinya malam ini (mata bergenang)

Semoga Allah memberkati bapa.

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Advertisements
Cerita Tentang Bapa 

9 thoughts on “Cerita Tentang Bapa 

  1. bukan sebab dimonopoli oleh wanita tapi sebab kita melihatnya sebagai satu kebiasaan.ketika dalam apa jua kita lebih suka menyebut dan memanggil nama mak kita..tapi ayah kita tidak kurang besarnya pengorbanan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s